Tepung Donat
- 800g tepng gandum
- 3 cawan air
- 3 sudu besar gula,
- 1 bji telur,
- ½ cawan planta
- 11g mauripan,
- sedikit garam
Saduran
· Gula yang dikisar halus
Cara-cara
- Blender gula,telur,mauripan,sedikit garam dengan 1 cawan air
- Sesudah sebati, masukkan planta dan blender lagi
- Tuangkan adunan ke dalam bekas dan masukkan baki air yang tinggal
- Masukkan tepung dan uli sampai sebati..Tidak perlu diuli seperti doh. Cukup sekadar sebatikan adunan sahaja
- Biarkan adunan rehat sebentar sehingga menjadi 2 kali ganda dari saiz asal
- Bila adunan sudah naik,bentuk adunan dengan menggunakan tangan. Oleh kerana adunan tersebut lembik, ambil sedikit tepung gandum dan sapu pada tangan.
- Bentukkan bulat-bulat sehingga habis adunan tadi.
- Goreng dengan api sederhana
- Salut dengan gula halus.