Kejohanan olahraga Pendidikan Khas



Pada 23 Februari, Program Pendidikan Khas telah mengadakan Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah. Program ini telah berlangsung di Stadium Penawar, Bandar Penawar Kota Tinggi. Sebanyak 62 buah sekolah rendah dan 39 buah sekolah menengah telah turut serta dalam kejohanan ini. Program ini diadakan bagi mencungkil bakal-bakat murid berkeperluan khas dalam bidang sukan untuk diketengahkan bagi mewakili Kontijen Sukan Kota Tinggi di peringkat Negeri.

Kontijen PKSMAT telah menyertai beberapa acara yang dipertandingkan dan menangi 1 Emas (Lompat Tinggi Perempuan Senior), 3 Perak (Lompat Tinggi Lelaki Senior, Lompat Tinggi Perempuan Senior dan Lontar Peluru Lelaki Junior) dan 1 Gangsa (4x100 m Perempuan Senior). Seramai 4 atlit PKSMAT telah terpilih mengikuti latihan pusat bagi persiapan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas peringkat Negeri yang diadakan di Stadium Penawar, Bandar Penawar pada 21 April 2009.

Ucapan Tahniah kepada Atlit PKSMAT yang berjaya. Semoga pencapaian ini dapat dipertingkatkan bagi kejohanan olahraga tahun depan. Syabas!!


Aktiviti Gotong Royong

Pada 5 Februari, PKSMAT telah mengadakan gotong royong membersihkan kolam ikan berhadapan bilik seminar sekolah. Aktiviti ini telah melibatkan penyertaan kesemua murid-murid dan guru-guru PKSMAT yang diketuai Cik Roszani Binti Selamat sebagai penyelaras program. Aktiviti yang bermula seawal 8.00 pagi ini bertujuan mendedahkan murid-murid PKSMAT tentang kepentingan menjaga kebersihan sekeliling disamping mengajar mereka tentang aspek pengurusan diri.
Selain itu aktiviti ini dapat menanamkan semangat bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain agar setiap tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Aktiviti ini dimulai dengan membuang air kolam, mengeluarkan ikan, mencuci dan seterusnya mengisi semula air ke dalam kolam. Aktiviti ini berakhir pada pukul 9.30 pagi