Jualan Kejohanan Olahraga MSSJ

Buat julung-julung kalinya PPD Kota Tinggi telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Olahraga MSSJ Pendidikan Khas 2009. Kejohanan yang diadakan di Stadium Bandar Penawar bermula dari 21 sehingga 23 April itu disertai oleh atlit-atlit seluruh negeri Johor. 2 orang atlit PKSMAT juga turut tersenarai dalam kontijen Kota Tinggi iaitu pasangan adik beradik Muhamad Rasyid B. Mahmood dan Muhamad Najib B. Mahmood. Sepanjang kejohanan itu, PKSMAT telah mengambil peluang keemasan tersebut untuk melakukan aktiviti jualan kepada para pengunjung.
Aktiviti jualan yang melibatkan pelajar-pelajar PKSMAT ini telah memberikan pengalaman yang cukup bermakna dimana ia melatih dan mendidik mereka untuk merancang, keberanian mengambil risiko, kejujuran dalam urusniaga dan semangat bekerjasama. Antara barangan yang diurusniagakan adalah seperti berikut :
  1. Roti Sosej
  2. Kerepek
  3. Dadih
  4. Air kotak
  5. Air berkarbonat
  6. Air Mineral
  7. Ais Krim
Walaupun jumlah keuntungan yang dicatatkan tidak begitu tinggi namun ia sudah cukup membuktikan aktiviti urusniaga boleh menjana pendapatan kepada mereka apabila mereka serius untuk memilih bidang ini selepas tamat alam persekolahan kelak.





Antara iklan-iklan yang digunakan semasa aktiviti jualan



Video klip Pendidikan Khas



Ini adalah video klip yang sempat di tenyeh-tenyeh untuk program kolaborasi bersama ibu bapa dan murid-murid PKSMAT bagi membincangkan Rancangan Pelajaran Individu (RPI) (buat yang simple-simple jek..simple-simple pun 2 malam tak tido lena huhuhuhuhu)..Alhamdulillah semua berjalan lancar. Setakat ini respon daripada ibubapa dan murid-murid pun ok sebab masing-masing suka tengok gambar sendiri walaupun dah tayang 4-5 kali..hehehehe.
Saksikanlah....