Aktiviti pendidikan luar bilik darjah adalah satu aktiviti yang sangat baik dan menarik untuk dilakukan oleh pelajar pendidikan khas. Semasa melakukan aktiviti ini sudah pasti berlakunya proses pembelajaran bersosialisasi di kalangan pelajar. Pada 30 Jun 2009 Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi telah mengadakan Program Lawatan Ilmiah ke Pulau Langkawi. Lawatan selama 4 hari 3 malam ini telah disertai oleh 102 orang pelajar dan 58 orang guru dan ppm (pembantu pengurusan murid) . Penyertaan dari PKSMAT amat menggalakkan dimana program ini telah diserta oleh 7 orang pelajar, 2 orang guru dan seorang ppm.
Rombongan lawatan ini bertolak dari SMK Taman Kota Jaya pada pukul 12 tengahari dengan 4 buah bas persiaran. Setelah beberapa kali berhenti berehat di Hentian R & R di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan akhirnya peserta rombongan sampai di Jeti Kuala Perlis pada pukul 7.45 pagi (1 Julai 2009). Setibanya di jeti peserta rombongan mengambil peluang untuk beristirehat dan bersarapan pagi sebelum menaiki feri ke Pulau Langkawi yang dijadualkan pada pukul 9.00 pagi. Sepanjang program ini, para peserta telah menginap di Apartment Century Suria. Pada hari pertama di Pulau Langkawi, beberapa tempat menarik telah dikunjungi seperti :-
- Kilang Gamat Warisan
- Makam Mahsuri
- Laman Padi
- Beras Terbakar
- Pantai Pasir Hitam
- Gunung Mat Chincang
- Pekan Kuah
- Dataran Helang
Setelah 3 hari berada di Pulau Langkawi, tiba masanya untuk peserta rombongan melambaikan tangan selamat tinggal kepada kedamaian dan keindahan panorama di Pulau Langkawi. Tepat pukul 8 pagi peserta rombongan telah bertolak ke Jeti Kuah untuk mendapatkan feri awal ke Jeti Kuala Perlis. Alhamdulillah kesemua peserta selamat sampai semula di SMK Taman Kota Jaya jam 4.30 pagi.
Secara umumnya objektif lawatan ilmiah ini telah berjaya dicapai antaranya mendedahkan pelajar mengenai tempat-tempat bersejarah di Malaysia, mempelajari jenis-jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia dan menguruskan perbelanjaan secara teratur sepanjang lawatan.
Secara umumnya objektif lawatan ilmiah ini telah berjaya dicapai antaranya mendedahkan pelajar mengenai tempat-tempat bersejarah di Malaysia, mempelajari jenis-jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia dan menguruskan perbelanjaan secara teratur sepanjang lawatan.
Gaya masing-masing