Projek Roselle


Pada tahun ini, program transisi kerjaya PKSMAT telah memasukkan satu lagi projek pertanian yang boleh menjana pendapatan. Projek Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Ada fakta yang menyatakan, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur.
Di antara khasiat-khasiat rozel seperti berikut :-

1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.


kerja-kerja menanam pokok rozel

Pertandingan Bowling MSSD



Pada 4 Februari 2010, Sek.Men.Keb Air Tawar telah menghantar beberapa orang pelajar bagi pertandingan Bowling MSSD Kota Tinggi. Pertandingan yang diadakan di Pusat Bowling Daiman, Johor Jaya ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di daerah Kota Tinggi. Salah seorang daripada wakil sekolah dalam pertandingan tersebut melibatkan seorang pelajar PKSMAT iaitu Mohd.Rasyid Bin Mahmood.
Keputusannya beliau telah menduduki tempat ke-7 dalam acara individu dengan jatuhan 797 pin. Beliau juga telah membantu pasukan Lelaki Bawah 18 SMK Air Tawar menduduki tempat ketiga dan tempat kedua keseluruhan.
Pihak editor mengucapkan tahniah atas kejayaan ini. Semoga kecemerlangan ini dapat dipertingkatan semasa Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas yang dijangka berlangsung pada bulan Mei nanti.