Jom masak Donat



Tepung Donat

  • 800g tepng gandum
  • 3 cawan air
  • 3 sudu besar gula,
  • 1 bji telur,
  • ½ cawan planta
  • 11g mauripan,
  • sedikit garam

Saduran

· Gula yang dikisar halus

Cara-cara

  1. Blender gula,telur,mauripan,sedikit garam dengan 1 cawan air
  2. Sesudah sebati, masukkan planta dan blender lagi
  3. Tuangkan adunan ke dalam bekas dan masukkan baki air yang tinggal
  4. Masukkan tepung dan uli sampai sebati..Tidak perlu diuli seperti doh. Cukup sekadar sebatikan adunan sahaja
  5. Biarkan adunan rehat sebentar sehingga menjadi 2 kali ganda dari saiz asal
  6. Bila adunan sudah naik,bentuk adunan dengan menggunakan tangan. Oleh kerana adunan tersebut lembik, ambil sedikit tepung gandum dan sapu pada tangan.
  7. Bentukkan bulat-bulat sehingga habis adunan tadi.
  8. Goreng dengan api sederhana
  9. Salut dengan gula halus.