Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat membantu pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenal pasti dan mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran ialah :
Fizikal
Fizikal
- Bentuk badan, berat badan dan koordinasi motor murid-murid ini tidak banyak berbeza dengan murid-murid biasa.
Intelek
- terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam pembelajaran di sekolah. sebagai contohnya, mereka yang mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan terhad dalam bidang generalisasi, penguasaan bahasa yang terhad, kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif yang rendah
- kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi murid-murid bermasalah pembelajaran tidak sama dengan murid-murid biasa. Mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh murid-murid biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih
Tingkah laku
- mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
- mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka.
- Minat dan sikap sosial mereka tidak selaras dengan tingkahlaku murid-murid biasa
- minat mereka adalah selaras dengan murid-murid yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
0 comments:
Post a Comment